Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Tujuh Negeri Diramal Hujan
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan bahawa amaran itu melibatkan daerah Baling di Kedah dan Manjung, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Larut Matang dan Selama di Perak.

Selain itu, ia juga membabitkan beberapa daerah di negeri Kelantan iaitu di Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat.

Di Pahang pula, hanya daerah Rompin yang terlibat.

Amaran turut melibatkan daerah Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi dan Mersing di Johor.

Beralih ke Sarawak, hujan lebat diramal berlaku di daerah Miri (Beluru dan Marudi), Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Bintulu (Sebauh dan Tatau), Kapit (Kapit dan Song), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Limbang (Limbang) .

Manakala di Sabah pula membabitkan daerah Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Penampang), Sandakan (Telupid).

Tujuh Negeri Diramal Hujan

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 7 malam.
  • Amaran itu melibatkan daerah terpilih di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
  • Amaran ribut petir dikeluarkan apabila hujan melebihi 20 mm sejam dijangka berterusan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan