Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Dakwaan Lelaki Meninggal Kerana Makan Durian Lepas Vaksinasi, Ini Respon KKM

vaksinasi durian
Gambar: Google

Sebelum ini tular dakwaan seorang lelaki meninggal dunia kerana memakan durian selepas mendapatkan vaksinasi.

Dalam mesej tular berkenaan, individu tersebut mengingatkan orang ramai agar tidak memakan durian sebelum atau selepas mendapatkan vaksin.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu palsu serta menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan dakwaan tersebut.

“Berita palsu. Jangan sebar atau berkongsi,” tulis KKM melalui Twitter sebentar tadi.

Sumber: KKM