Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Semalam tular mengenai gelagat mencuit hati seorang kanak-kanak yang menghantar pesanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminta cuti sekolah selamanya.
Perkara itu dikongsikan oleh ibunya, Fateema Azzahra, di laman Threads dan mendapat perhatian ramai.
"Assalamualaikum, minta maaf sangat-sangat PMX anak saya main telefon. Dah reti menulis membaca amboi terus memandai-mandai. Dia baru tabika," katanya.

Namun, hantaran wanita itu akhirnya mendapat respons dari Perdana Menteri.
"Amboi selamanya dia minta. Semoga jadi anak yang rajin baca buku dan pergi sekolah.
"Sampai hari cuti nanti pun dia nak pergi sekolah," kata Anwar.

Fateema memohon maaf sekali lagi dan berterima kasih kepada Anwar kerana sudi memberi respons].
"Ya Allah.. PM saya minta maaf sekali lagi jika anak saya nakal, saya pun tak tahu macam mana dia terfikir nak pm Perdana Menteri
"Apapun terima kasih sudi balas dalam kesibukan, terima kasih banyak atas doanya. Aamiin Ya Mujib," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut tidak menyangka Anwar memberi respons terhadap gelagat kanak-kanak itu.
"Kena pergi sekolah dik bagitau 1 sekolah PMX reply," kata seorang netizen.
"Ahhaha terbaiklah PMX reply… mesti budak tu tidur pun senyum," kata seorang lagi.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan