Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Kenyataan Kemungkinan Larangan Rentas Negeri Dilaksana Semula Ketika Raya Haji, KKM Sahkan Ianya Palsu

Gambar: Bernama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa satu kenyataan berhubung kemungkinan larangan rentas negeri bagi musim Raya Haji ini adalah palsu.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasmi KKM, kenyataan yang tular di media sosial berkenaan kemungkinan larangan merentas negeri untuk menyambut hari raya Aidiladha itu adalah palsu.

KKM juga menasihatkan orang ramai supaya merujuk terlebih dahulu perkembangan terkini dan yang sah berkenaan berita yang berkaitan dengan COVID-19 melalui platform media sosial KKM.

Orang ramai boleh merujuk akaun media sosial KKM seperti berikut:

Facebook: Kementerian Kesihatan Malaysia

Instagram: Kementerian Kesihatan Malaysia

Twitter: @KKMPutrajaya

Sumber: KKM