Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Kereta Langgar Penunggang Motosikal, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

penunggang motosikal

Polis mengesahkan video yang tular di media sosial semalam yang memaparkan penunggang motosikal dilanggar oleh sebuah kereta.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Bin Ibrahim, penunggang motosikal itu telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang datang dari arah yang sama.

“Mangsa telah terjatuh dan mengalami kecederaan di muka dan tangan. Dia telah dibawa ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang untuk menerima rawatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 APJ 1987 iaitu bagi kesalahan memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menganggu pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku pada 9 April lalu pada jam 12.15 pagi di lokasi lorong motosikal KM12.5 Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur ke Klang).

Sehubungan itu, polis juga meminta jika ada saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BPST) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Orang ramai boleh menghubungi Sarjan Wan Zafirah Wan Mohd Sukri di talian 017-5718125.

Sumber: Polis (IPD) Shah Alam