Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tular "Tendangan Kung Fu" Pemain Malaysia Dalam Aksi Bertemu Indonesia
Aksi persahabatan membabitkan skuad bawah 17 tahun (B-17) Malaysia dan Indonesia di Stadium Manahan, Solo, Indonesia semalam mencuri perhatian ramai apabila satu insiden terjahan keras oleh pemain negara menjadi tular di media sosial.
Dalam rakaman video yang tular itu, pemain Malaysia dilihat melakukan terjahan ala 'kung fu' terhadap salah seorang pemain muda Indonesia, sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan kem tuan rumah.
Kekasaran tersebut menyebabkan pengadil tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada pemain Malaysia dalam aksi Kejohanan Siri Garuda 2026 itu.
Untuk rekod, skuad kendalian Shukor Adan terpaksa akur dengan kekalahan 0-3 di tangan pasukan B-17 Indonesia dalam aksi persahabatan tersebut.