Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tular Video Gaduh Di Facebook, Polis Sahkan Sewa Rumah Naik Jadi Punca Pergaduhan
Video pergaduhan yang tular di laman sosial Facebook pada Isnin lalu didakwa berpunca daripada pertikaian tentang kenaikan sewa rumah antara pemilik dan penyewa.
Sebelum ini, sebuah akaun Facebook telah memuat naik satu video berdurasi 19 satu memaparkan insiden pergaduhan yang berlaku di Pasir Mas sehingga tular di media sosial.
Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, maklumat tersebut adalah hasil siasatan lanjut yang telah dilakukan ke atas individu yang terlibat.
“Penyewa telah berjanji untuk menyerahkan kunci rumah pada hari kejadian, namun gagal berbuat demikian dan menyebabkan berlaku pertikaian dan pergelutan antara kedua-dua belah pihak,” kata Mohd Nasaruddin.
“Kedua-dua belah pihak yang terlibat telahpun dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi memberi keterangan lanjut dan menyelesaikan pertikaian tersebut,” kata Mohd Nasaruddin dalam satu kenyataan pada hari ini.
Beliau berkata, dalam insiden yang berlaku pada hari Ahad lepas itu tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan oleh kedua-dua belah pihak.
Hasil daripada perbincangan yang telah diadakan, kedua belah pihak mengakui kesilapan mereka dan tidak berhasrat untuk meneruskan kes itu dan menyelesaikannya secara baik.
Mohd Nasaruddin berkata lagi, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah menyebarkan berita yang tidak pasti bagi mengelakkan kebimbangan dan salah faham dalam kalangan masyarakat.
“Sekiranya terdapat maklumat berhubung sesuatu insiden jenayah, orang ramai diminta supaya menghubungi IPD atau terus melaporkan ke Balai Polis yang berdekatan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Mohd Nasaruddin berkata, pergaduhan itu tidak melibatkan senjata sebagaimana didakwa di laman Facebook.
Sumber: Sinar Harian
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang