Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Video Lelaki Dipercayai Cuba Menyamun, Polis Sedang Buru Suspek

Faiz Mustafa
Tular Cubaan Samun Sebuah Rumah

Tular sebuah video seorang lelaki dipercayai cuba untuk menyamun sebuah rumah namun gagal telah mendapat perhatian masyarakat pada Khamis, 11 Ogos 2022.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Bin Hassan dalam satu kenyataan berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 5 Ogos 2022 lebih kurang pukul 6.40 pagi di sebuah rumah di Taman Tasek Indra, Ipoh, Perak.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan (Cubaan Samun) dan pihak polis sedang berusaha mengesan suspek yang bertanggungjawab ke atas kes tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, pihak PDRM menggesa kepada atau saksi kejadian tersebut untuk menghubungi ASP Fadli Bin Ahmad, Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis daerah Ipoh di talian 019-2500019 untuk membantu siasatan lanjut pihak polis.

Sumber: PDRM