Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tun Mahathir Semakin Sihat, Terharu & Ucap Terima Kasih Kepada Semua

PUTRAJAYA, 27 Jun -- Reaksi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Keadaan kesihatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilapor telah menunjukkan peningkatan pada hari ini.

Maklumat tersebut dimaklumkan anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

“Beliau mempunyai selera makan yang bertambah baik dan sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisi beliau di Institut Jantung Negara (IJN).

“Tun Dr. Mahathir juga diberitahu mengenai ucapan selamat yang disampaikan oleh begitu ramai pihak termasuk pemimpin-pemimpin negara asing serta orang ramai.

“Tun Dr. Mahathir beserta keluarga, berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau segera pulih,” maklum kenyataan tersebut hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga memohon agar orang ramai tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya.

Difahamkan, beliau juga akan terus mendapatkan rawatan di IJN di bawah pengawasan pakar tempatan buat masa ini.

“Buat masa ini, pihak IJN masih tidak membenarkan pelawat selain dari keluarga terdekat,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: Twitter Tun Mahathir

Sumber: Twitter Tun Dr Mahathir