Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tun Salleh Abas Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

Gambar Via Bernama

KUALA TERENGGANU, 16 Jan — Bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas, meninggal dunia pada pukul 3.20 pagi tadi.

Anak Allahyarham, Natlrah ketika dihubungi Bernama mengesahkan Mohamed Salleh, 91, meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, Kuala Terengganu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus, mengesahkan berita dukacita tersebut.

“Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya.

Sumber: BERNAMA