Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

'Tunggu Masa' Sebelum AS Beralih Ke Cuba Selepas Iran - Trump

Iqbal Yasir
AS Beralih Ke Cuba
Kredit: AFP

'Tunggu Masa' Sebelum AS Beralih Ke Cuba Selepas Iran - Trump

WASHINGTON -- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi bayangan bahawa beliau akan beralih kepada satu projek yang tidak diperincikan untuk Cuba, sebuah pulau di Caribbean yang kini sedang berdepan sekatan tenaga AS, selepas perang terhadap Iran berakhir, lapor AFP.

"Kami mahu selesaikan, tamatkan yang ini dahulu, tetapi ia hanya menunggu masa sebelum anda dan ramai orang yang luar biasa akan kembali ke Cuba," kata Trump dalam satu majlis resepsi di Rumah Putih.

Dalam masa yang sama, Trump turut memuji Setiausaha Negara AS, Marco Rubio yang merupakan anak pendatang dari Cuba yang dilahirkan di Miami.

"Anda telah melakukan tugas yang hebat di sebuah tempat bernama Cuba," katanya lagi.

Sebelum ini, Washington telah mengenakan sekatan tenaga terhadap negara pimpinan komunis itu yang menyaksikan stok bahan apinya merosot drastik.

Ia susulan penangkapan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro oleh AS, pembekal minyak utama kepada Cuba.

Sejak 9 Januari, tiada minyak yang diimport ke pulau itu, memaksa memaksa syarikat penerbangan mengurangkan penerbangan ke sana dan memburukkan lagi krisis ekonomi yang telah lama berlarutan.

Kebanyakan pihak di Cuba menyatakan kebimbangan negara itu mungkin menjadi sasaran seterusnya dalam senarai campur tangan asing Trump.

Ia terutamanya selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran yang mengorbankan pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei.

Sumber:AFP