Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tunku Ismail Terima Menghadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Bincang Usaha Perkukuh Integriti

ISMAIL
Kredit: Facebook SPRM

Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah usaha memperkukuh integriti, tadbir urus dan pencegahan rasuah, selain isu semasa berkaitan peranan SPRM dalam meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap agensi penguatkuasaan.

Dalam pertemuan itu, Abd Halim turut menyampaikan sembah taklimat mengenai perkembangan semasa SPRM serta inisiatif yang dilaksanakan agensi berkenaan bagi memperkukuh usaha pencegahan rasuah.

Beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi junjung kasih atas perkenan Tunku Ismail menerima menghadap dan berkenan mendengar sembah taklimat berkenaan.

Sumber:SPRM
Intipati
  • Tunku Ismail menerima menghadap Abd Halim Aman di Istana Pasir Pelangi hari ini.
  • Pertemuan membincangkan integriti, tadbir urus, pencegahan rasuah dan kepercayaan terhadap penguatkuasaan.
  • Abd Halim menyampaikan taklimat mengenai perkembangan semasa serta inisiatif pencegahan rasuah SPRM.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan