Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA PILAH, 11 Jun (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan memasyhurkan putera kedua baginda Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima Besar pada satu istiadat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, hari ini.
Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.
Istiadat penuh tradisi itu dimulakan dengan Tuanku Muhriz berkenan mengisytiharkan dan menyerahkan watikah dan pelantikan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan kepada anakanda Tunku Zain.
Istiadat pengurniaan gelaran pusaka Tunku Panglima Besar kepada Tunku Zain itu turut disaksikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.