Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tuntutan Kumpulan Sulu Berakhir

tuntutan sulu berakhir
Gambar: Bernama

Tuntutan Kumpulan Sulu Berakhir

Cubaan Kumpulan Sulu dalam merampas aset negara gagal apabila Mahkamah Perancis membatalkan perintah bagi gadai janji berkanun yang dibuat terhadap bangunan diplomatik Malaysia di Paris oleh penuntut warga Filipina (Sulu) pada 6 November lepas.

Memetik Sinar Harian, kumpulan itu menggunakan Mahkamah antarabangsa sebagai platform merampas syarikat minyak Malaysia, Petronas di Luxembourg dan Belanda serta aset diplomatik negara di Perancis termasuk bangunan kedutaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan berita gembira itu ketika berada di London baru-baru ini.

Susulan lapan individu yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu, beliau dan delegasi Malaysia telah bertemu dengan peguam-peguam lantikan Kerajaan Malaysia ke sana bagi menangani tuntutan berkenaan. Ia bagi menafikan taktik dan hujahan mereka secara komprehensif dalam fasa ketiga tuntutan itu.

Dalam pada itu, keputusan Mahkamah itu turut menoktahkan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa isu berkenaan gagal diselesaikan oleh Kerajaan Malaysia.

Perkara ini membuktikan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang boleh diperkotak-katikkan.

Cubaan tidak sah untuk merampas kesemua aset diplomatik Malaysia di Perancis oleh warganegara Filipina itu berakhir dengan keputusan pada 6 dan 9 November. Keputusan itu membolehkan Kerajaan bebas daripada tuntutan berkenaan.

Pada 11 Disember ini, penimbang tara Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa juga akan dibicarakan di Mahkamah Madrid atas dua kes jenayah berhubung award akhir kepada kumpulan Sulu.

Difahamkan, Stampa boleh dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh mahkamah berkenaan sekiranya didapati bersalah.

BACA JUGA: Ini Malaysia Perlu Hadap Nak Layak Ke Piala Dunia 2026

Ditambah lagi, Kerajaan Malaysia secara berterusan membuat permohonan agresif sehingga tarikh pendengaran itu ditetapkan.

Sehubungan itu, Malaysia telah berjaya melindungi kepentingannya di seluruh dunia, termasuk di Perancis iaitu apa yang dipanggil anugerah akhir sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) yang telah diberikan oleh Stampa.

Sebelum ini, Azalina pada Jun lalu juga mendedahkan kumpulan Sulu yang membuat tuntutan terhadap Malaysia menerusi timbang tara disyaki mendapat dana daripada dalang yang terdiri daripada pelabur Amerika Syarikat (AS). Selain itu, tuntutan itu juga disyaki berkait dengan unsur wang.

Dalam pada itu, Azalina memaklumkan Kerajaan kini dalam usaha untuk mendapatkan keputusan itu secepat mungkin. Kerajaan juga yakin bahawa pembatalan muktamad award akhir oleh Mahkamah Rayuan Paris itu hanyalah menunggu masa.

Bagi membatalkan anugerah yang diberikan oleh Stampa kepada pihak yang menuntut di Sepanyol, Perancis, Luxembourg, dan Belanda, Malaysia telah bertindak menggunakan semua remedi undang-undang.

Ia rentetan penolakan permohonan kumpulan Sulu oleh Mahkamah Rayuan The Hague berhubung permohonan untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award terakhir di negara terbabit pada 27 Jun lalu.

Pada 2019, kumpulan tersebut telah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah.

BACA JUGA: Kes Sulu: Stampa Akan Diheret Ke Mahkamah Jenayah, Suara Malaysia Didengar Di Madrid 11 Dis – Azalina

Mereka mendakwa tanah berkenaan telah dipajak oleh keturunan mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Pada Julai lalu, sewaktu waris Sulu itu sedang berusaha menguatkuasakan pelaksanaan award timbang tara, Petronas telah menerima arahan untuk merampas dua unit miliknya di Luxembourg.

Pada 11 Februari 2013. sekumpulan 200 anggota bersenjata yang dikenali sebagai Tentera Diraja Sulu dari Filipina telah menceroboh masuk ke daerah Lahad Datu di Sabah. Berikutan itu, Malaysia mengambil keputusan memberhentikan pembayaran kepada waris Sulu.

Bekas Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, turut menjelaskan punca pembayaran itu dihentikan adalah disebabkan pencerobohan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian