Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tular beberapa hari lepas tentang perkongsian daripada salah satu pusat membeli belah terkenal di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu Plaza Sungei Wang tarik perhatian ramai. Berikutan dengan penularan wabak Covid-19 yang melanda di negara kita, terutamanya beberapa minggu lepas banyak kes positif berlaku di pusat membeli belah di sekitar bandar Kuala Lumpur dan Selangor.
Bukan itu sahaja, pandemik Covid-19 ini memberi cabaran kepada ekonomi negara. Banyak perniagaan yang tercundang akibat wabak ini.
Jadi, perkongsian daripada laman Facebook rasmi Plaza Sungei Wang ini seakan-akan memberi kata-kata semangat kepada ‘rakan-rakan’ mall di seluruh Malaysia khususnya. Apa yang menarik perhatian adalah boleh dikatakan ke semua ‘rakanya’ membalas komen dengan kata semangat.
Ini komen balas daripada kedai-kedai di seluruh Malaysia yang menyentuh hati, terutamanya daripada GSC.









Sumber: Plaza Sungei Wang