Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Juara welterweight UFC, Islam Makhachev mencipta sensasi apabila melakar kemenangan ke-17 berturut-turut selepas menewaskan pencabar dari Ireland, Ian Machado Garry pada aksi UFC 330 di Xfinity Mobile Arena, Amerika Syarikat, sebentar tadi.
Pertarungan yang berlangsung selama lima pusingan itu menyaksikan kedua-dua petarung bertahan sehingga tamat waktu sebelum keputusan ditentukan menerusi kiraan mata juri.
Makhachev memulakan pusingan pertama dengan baik apabila banyak mengawal pergerakan Garry di pagar Octagon.
Garry kemudian tampil lebih agresif pada pusingan kedua, namun Makhachev berjaya menjatuhkannya menerusi sepakan kaki kiri sebelum pertarungan diteruskan.
Memasuki pusingan ketiga, Garry berjaya melepaskan beberapa sepakan ke arah Makhachev, namun masih gagal menggugat penguasaan petarung dari Dagestan, Rusia itu.
Aksi semakin rancak pada pusingan keempat apabila kedua-duanya saling berbalas pukulan dan sepakan.
Pada pusingan terakhir, Makhachev sekali lagi berjaya menjatuhkan Garry sebelum menguasai posisi di belakang pencabarnya dan mengekalkan kedudukan itu sehingga tamat pertarungan.
Kemenangan tersebut menyaksikan Makhachev kini merekodkan 29 kemenangan dan hanya satu kekalahan sepanjang karier profesionalnya.
Lebih menarik, kemenangan ke-17 berturut-turut itu turut menyaksikan Makhachev mengatasi rekod 16 kemenangan berturut-turut yang sebelum ini dipegang legenda UFC, Anderson Silva.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan