Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ujian Siren Amaran Tsunami ‘Bergema’ Esok, Penduduk Kampung Ini Jangan Panik

met malaysia laksana ujian siren sistem amaran tsunami malaysia
Gambar: Stuff.co.nz via Google

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa pihaknya bakal menjalankan ujian siren Sistem Amaran Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 15 Ogos esok.

MET Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan ujian itu akan dilakukan di Masjid An Nur, Kampung Tebelu, Sebuyau, Sarawak pada jam 10:00 pagi – 12:00 tengah hari.

Sehubungan itu, pihak MET Malaysia menggesa agar orang ramai tidak cemas sewaktu mendengar bunyi siren berkenaan.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja,” maklum MET Malaysia.

Bagaimanapun, jika berlaku sebarang pindaan, pihaknya akan memaklumkan tentang perkara tersebut.

Gambar: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Sumber: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia