Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ulama Kedah, Tuan Guru Haji Awang Lanai Meninggal Dunia

Fazidi

Ulama Kedah, Tuan Guru Haji Awang Lanai Meninggal Dunia

BALING, 10 Ogos (Bernama) — Ulama Kedah, Abdul Wahab Hassan atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia pada usia 86 tahun di rumahnya di Parit Panjang dekat sini, kira-kira 3 petang tadi.

Hal itu dimaklumkan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Ahmad Yahya menerusi hantaran di Facebook.

“Telah kembali ke rahmatullah Tuan Guru Haji Awang Lanai sebentar tadi…semoga ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh…Al-Fatihah,” katanya.

Menurut perkongsian itu, Allahyarham dilahirkan di Kampung Tupai, Sik, dan merupakan cahaya mata kepada pasangan Haji Hassan Saman dan Hajah Siti Halimah Mat Thoha.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Kampong Tupai sebelum menuntut ilmu agama di sekolah-sekolah pondok.

Beliau telah membuka sekolah pondok Madrasah Tahzib an-Nufus pada 1988.

Sumber: BERNAMA