Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Umar Osman Berjaya Catat Rekod Baharu Kebangsaan Dalam Acara 400m

Sofea
Umar Osman
Kredit: Olahraga Malaysia

Umar Osman Berjaya Catat Rekod Baharu Kebangsaan Dalam Acara 400m

Pelari pecut negara, Umar Osman mencipta rekod baharu kebangsaan bagi acara 400m lelaki.

Menurut Olahraga Malaysia Di Facebook, Umar mencatat masa 45.73 saat pada saingan separuh akhir New Taipei City Athletics Open 2026.

Catatan tersebut berjaya memadam rekod kebangsaan 46.09 saat yang dilakarnya sebelum ini, sekali gus menempah tempat ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada jam 6.40 petang ini.

Olahraga Malaysia turut berkata kejayaan ini adalah hasil kerja keras serta lathan yang dilakukan oleh pelari itu selama ini.

Dalam pada itu, pelari wanita, Shereen Samson Vallabouy turut layak ke peringkat akhir pada petang ini selepas mencatat masa 53.85 saat.

"Catatan tersebut sekali gus memperbaharui rekod terbaik musim (SB) miliknya daripada 54.11 saat, selain melayakkan diri ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada jam 6.30 petang ini," kata Olahraga Malaysia.