Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
UMNO PH Puchong
Sumber: UMNO Selangor
UMNO Puchong Putuskan Kerjasama Politik Dengan PH Puchong

Hannah

UMNO Puchong Putuskan Kerjasama Politik Dengan PH Puchong

UMNO Bahagian Puchong mengumumkan keputusan rasmi untuk memutuskan semua bentuk kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) Puchong, berkuat kuasa serta-merta.

“Berdasarkan Memorandum Bantahan UMNO Bahagian Puchong serta kegagalan Yang Berhormat Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Puchong), untuk mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh 24 jam yang telah ditetapkan (yang berakhir pada 24 Disember 2025, jam 4.00 petang), berhubung kenyataan tidak beradab, tidak sensitif dan tidak matang yang telah tular di media sosial dengan menghina Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak.

“Maka dengan ini UMNO Bahagian Puchong secara rasmi dan muktamad memutuskan semua bentuk kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) Puchong, berkuat kuasa serta-merta,” tulis kenyataan UMNO Bahagian Puchong.

Maksud “memutuskan kerjasama politik”

Jelas UMNO Bahagian Puchong, maksud “memutuskan kerjasama politik” adalah seperti berikut:

1. Tiada lagi kerjasama politik di peringkat setempat (Parlimen Puchong / DUN Seri Serdang / DUN Seri Kembangan).

UMNO Bahagian Puchong tidak lagi:

  • Mengadakan mesyuarat bersama;

  • Menyelaras atau menganjurkan aktiviti politik, program kemasyarakatan atau kempen bersama;

  • Bekerjasama dalam strategi, perancangan dan gerak kerja pilihan raya dengan PH Puchong dalam apa jua keadaan.

Keputusan ini terhad kepada peringkat Parlimen Puchong, DUN Seri Serdang dan DUN Seri Kembangan, dan tidak melibatkan secara automatik peringkat Negeri atau Pusat.

2. Menarik diri daripada sebarang persefahaman politik setempat.

UMNO Bahagian Puchong:

  • Tidak lagi terikat dengan sebarang persefahaman tidak rasmi (gentleman’s agreement);

  • Tidak lagi bertanggungjawab menjaga atau mempertahankan kepentingan politik PH Puchong;

  • Bebas mengambil pendirian sendiri dalam semua isu tempatan.

3. Isyarat bantahan dan pendirian tegas parti.

Keputusan ini membawa mesej jelas bahawa:

  • UMNO Bahagian Puchong tidak bersetuju dan menolak sikap, kenyataan serta tindakan pemimpin PH Puchong;

  • UMNO Bahagian Puchong berpandangan bahawa maruah parti, prinsip Perlembagaan Persekutuan serta penghormatan terhadap institusi Raja-Raja Melayu telah dicabar dan tidak dihormati.

4. Tidak keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Untuk penjelasan dan mengelakkan kekeliruan:

  • Keputusan ini tidak bermaksud UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Nasional atau Negeri;

  • la merupakan pendirian politik setempat, selagi tidak bercanggah dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO atau kepimpinan Barisan Nasional di peringkat Pusat.

5. Implikasi praktikal keputusan.

Susulan keputusan ini:

  • UMNO Bahagian Puchong akan bergerak secara solo di peringkat Parlimen dan DUN;

  • Sokongan kepada mana-mana calon PH Puchong dalam PRK atau PRU akan menjadi bersyarat atau tidak diberikan langsung.

Ringkasan

Keputusan UMNO Bahagian Puchong ini merupakan tindakan politik tegas sebagai tanda bantahan serta usaha mempertahankan prinsip dan maruah parti di peringkat Parlimen Puchong, DUN Seri Serdang dan DUN Seri Kembangan, tanpa menjejaskan kerjasama di peringkat nasional kecuali jika diarahkan oleh kepimpinan UMNO atau Barisan Nasional Pusat.

Sumber: UMNO Selangor