Masalah rasis yang berlaku di seluruh dunia seakan tidak habis penghujungnya. Namun, masalah ini boleh diatasi dengan sikap diri sendiri seseorang. Bersyukurlah bahawa kita dilahirkan di Malaysia yang aman dan makmur dengan masyarakat yang pelbagai kaum.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh Uncle Kentang di laman Facebooknya tentang seorang wanita yang bergelar pendidik sanggup merayu pertolongan kepada orang ramai untuk membantu pelajarnya walaupun berlainan bangsa dan agama.
Nilai murni inilah yang perlu diterapkan dalam diri masyarakat kita. Kisah ini boleh dijadikan inspirasi kepada orang ramai dan teladan yang baik untuk dicontohi.
PAGI PAGI AKU MELIHAT PELANGI INDAH MALAYSIA…..LECTURER MELAYU MERAYU UNTUK PELAJAR INDIA, SANGGUP CALL AKU DAN MINTA BANTUAN TANPA SEGAN SILU…. INI LAH MALAYSIA. HEBAT SUNGGUH.

Aku terharu dan sebak… kerana di bulan yang mulia ini ada seorang pensyarah merayu pada saya untuk membantu seorang pelajar India……
Beliau bersungguh sungguh berusaha membantu pelajar India tersebut kerana ibu pelajar telah meninggal dunia. Ayah pula OKU. Kakak masih belajar di USM tahun ke 2.
Walaupun keluarga India ini daif, mereka tak berhenti menuntut ilmu. Ini lah yang patut kita kagumkan.
“Aku luluskan RM 2000 untuk di jadikan dana sara hidup anak India ini.“
Okay Pensyarah… kau seorang yang mewarnakan Pelangi Malaysia. Perpaduan kita amat jitu… hanya ada orang orang tertentu nak mengeruhkan nya… aku rasa hiba dan sebak… dan lalu aku luluskan RM 2000 untuk di jadikan dana sara hidup anak India ini.
Wang akan di masukkan kedalam akaun penjaga dan akan di agihkan mengikut keperluan semasa.
SYUKUR SANGAT, AKU DAPAT LIHAT PELANGI INDAH DI MALAYSIA… SIAPA KATA KITA RASIS… MAI SINI AKU KASI TARIK TELINGA DAN KASI INGAT… surah Al Hujurat Ayat ke 13……
Sumber: Kuan Chee Heng
