Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

UNIQLO U Sambut Ulang Tahun Ke-10 Dengan Koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2026

Selepas satu dekad diperkenalkan pada 2016, UNIQLO U bakal memasuki bab baharu dengan koleksi Fall/Winter 2026 yang juga menandakan koleksi terakhir hasil rekaan Christophe Lemaire dan Sarah-Linh Tran.

Koleksi kali ini mengangkat konsep “Confidence in Form”, dengan rekaan yang menampilkan keseimbangan antara struktur, material dan warna, sambil mengekalkan konsep Future LifeWear yang menjadi identiti UNIQLO U.

Untuk Wanita: Lembut Tetapi Berstruktur

Koleksi wanita menampilkan gabungan material lembut dengan siluet yang lebih kemas.

Antara pilihan utama ialah Satin Combination Dress, yang menggabungkan material lembut dengan potongan yang menyerlahkan bentuk badan, serta Hybrid Down Short Jacket dan Coated Blouson dengan rekaan berstruktur dan praktikal.

Untuk Lelaki: Fungsi Bertemu Gaya

Koleksi lelaki pula memberi tumpuan kepada pakaian yang sesuai untuk kegunaan harian, sambil memberi ruang untuk ekspresi diri.

Antaranya Wool Blend Short Coat yang menggabungkan elemen workwear dengan perlindungan daripada cuaca sejuk, serta Fishtail Parka yang diberi sentuhan moden.

Warna merah terang turut digunakan sebagai warna aksen untuk memberikan sedikit kelainan kepada koleksi.

Bila Boleh Dapatkan?

Koleksi UNIQLO U Fall/Winter 2026 akan dilancarkan di Malaysia bermula 11 September 2026.

Ia merangkumi 14 item untuk wanita, 17 item untuk lelaki dan dua aksesori, dengan sebahagian besar rekaan boleh digayakan secara genderless.

Harga bermula daripada RM79.90, manakala pakaian luar ditawarkan sehingga RM499.90.

Koleksi ini turut menutup bab pertama UNIQLO U selepas 10 tahun di bawah pimpinan Lemaire dan Tran, sebelum konsep Future LifeWear itu diteruskan ke fasa seterusnya.

Untuk melihat koleksi penuh, orang ramai boleh mengunjungi laman khas UNIQLO U.