Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

UNIQLO mengumumkan pelancaran koleksi Spring/Summer 2026 UNIQLO x JW ANDERSON, yang bakal berada di pasaran bermula 27 Februari ini.
Koleksi terbaharu hasil kolaborasi dengan pereka British, JW ANDERSON, tampil dengan gaya kolej klasik yang diberi nafas lebih segar dan santai, sesuai untuk cuaca panas dan aktiviti harian. Fokus utama koleksi ini ialah rekaan ringan, mudah digayakan secara berlapis serta penggunaan warna-warna cerah.
Antara item utama termasuk kemeja oxford wanita versi berlengan pendek, seluar pendek lelaki dengan fabrik kapas linen yang selesa, serta jaket blouson berzip yang boleh digayakan secara uniseks. Beberapa rekaan turut diinspirasikan oleh elemen sukan air British, menjadikan koleksi ini praktikal.
Untuk musim panas, UNIQLO turut memperkenalkan parka pendek wanita yang kalis angin dan air, jean baggy dalam tona semula jadi, serta polo dan T-shirt lelaki dengan pilihan warna yang luas, sesuai untuk gaya kasual harian.

Koleksi Spring/Summer 2026 UNIQLO x JW ANDERSON akan ditawarkan di semua stor UNIQLO terpilih di Malaysia serta secara dalam talian. Harga bermula sekitar RM59.90, menjadikan koleksi ini antara pilihan mampu milik untuk mereka yang mahukan gaya minimal tetapi kemas.