Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Untuk Warga Kedah, Polis Kedah Tawar Diskaun 50 Peratus Jika Bayar Saman Antara 20 Hingga 30 Disember Ini

Kredit gambar: Google

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah menawarkan diskaun bayaran saman sebanyak 50 peratus bermula 20 Dis ini.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi Polis Kedah hari ini, tawaran diskaun tersebut boleh dijelaskan di Kaunter Bayaran Saman Trafik Daerah di seluruh negeri.

Kaunter bagi pembayaran saman tersebut akan dibuka dari 20 hingga 30 Dis ini, bermula 8.30 pagi hinga 3.30 petang, kecuali Jumaat, Sabtu dan cuti umum.

Bagaimanapun, tawaran diskaun tersebut dikecualikan untuk beberapa jenis kesalahan seperti saman berstatus bicara mahkamah, saman kesalahan Op Selamat tahun semasa, saman kemalangan tahun semasa, saman berstatus waran tangkap tahun semasa, saman melibatkan motolori tahun 2018, 2019 dan 2020 serta saman berstatus NC (Tiada Kompaun) tahun 2018, 2019 dan 2020.

Sumber: Polis Kedah