Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

UPSRx Dan PT3x Bukan Di Bawah Kendalian Lembaga Peperiksaan Dan Tiada Kaitan Dengan KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini dalam satu kenyataan media menafikan bpengendalian peperiksaan UPSRx dan PT3x secara dalam talian di kendalikan oleh KPM.

Menurut KPM, pihak mereka telah membatalkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk tahun 2020 pada 15 April 2020 yang lalu.

Terdapat sebuah portal telah menawarkan peperiksaan UPSRx dan PT3x yang akan diadakan secara dalam talian pada bulan September dan Oktober 2020. KPM menegaskan dua peperiksaan tersebut bukan di bawah kendalian Lembaga Peperiksaan dan tiada kaitan dengan KPM.

KPM menasihati ibu bapa agar melayari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk maklumat dan info terkini yang sahih.

Sumber: KPM