Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Mungkin kita pernah terdengar pepatah Melayu yang mengatakan; tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia.
Pepatah tersebut memaksudkan tentang kehebatan seorang wanita bergelar ‘ibu’ yang hebat serba-serbinya, daripada memangku si anak kecil sehinggalah mengurus rumah tangga.
Tidak kurang juga, ada juga ibu-ibu yang bekerjaya yang mampu membawa perniagaannya sehingga layak diiktiraf sebagai usahawanita berjaya.
Siapa sangka, penghijrahan seorang ibu ini dari Palembang ke Malaysia beberapa tahun dulu rupa-rupanya adalah satu keputusan tepat untuk mencipta sebuah masa depan yang cemerlang.
Demikianlah perjalanan pengasas jus kesihatan wanita Gugusan Mutyara, Tya Arifin setelah menjalani beberapa episod kehidupan yang sentiasa diwarnai dengan suka-duka kejayaannya.
Bersulam kasih dengan suami tercinta, Asyraf Khalid, segala apa yang diusahakan mereka kini sudah membuahkan hasil.

Apatah lagi bergelar sebagai menantu kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, perjalanan hidupnya telah pun diabadikan dalam lagu Bagaikan Mutiara yang dilancarkan pada 4 Disember lalu.
Hari ini, Mutyara bukan lagi sekadar produk jus minuman kesihatan, malah hakikatnya Tya Arifin berjaya membawa jenama ini menjadi sesuatu kebanggan yang luar biasa.
Mara setapak demi setapak, kini Mutyara maju selangkah lagi apabila syarikat pengeluar minuman jus kesihatan wanita ini berpeluang merangkul dua anugerah baru-baru ini.
Hasil usaha keras dalam mengukuhkan perniagaan, Mutyara telah dianugerahkan Anugerah The BrandLaureate SME’s Best Brands e-Branding Award 2020 bagi kategori ‘Wellness – Health and Beauty Supplement’ pada 15 Dis baru-baru ini.

Jus kesihatan Gugusan Mutyara menjadi pilihan ramai wanita dalam membantu mengekalkan tahap kesihatan yang baik untuk diri mereka.
Malah menariknya di sini, walaupun berdepan cabaran semasa seperti ekonomi dan pandemik, Mutyara tetap utuh berdiri dalam menabur bakti buat kaum wanita.
Dalam pada itu, anugerah ini mengiktiraf jenama yang berdiri kukuh, mampu menjana kejayaan jenama serta kekuatan kepimpinan jenama pada waktu pandemik COVID-19 yang mencabar kini.
Maka atas ‘keberanian’ Tya dalam mendepani segala cabaran inilah yang melayakkan Mutyara merangkul anugerah tersebut.
Kejayaan sesebuah organisasi itu bergantung pada kekuatan pemimpinnya.
Maka dengan itu, sekali lagi Tya Arifin membuktikan kualiti kepimpinannya mengemudi Mutyara apabila beliau turut menyandang anuegerah Nona Superwoman Award 2020 bagi kategori Nona Most Promising Entrepreneur Award pada 18 Disember kelmarin.

Jika ‘berpatah’ semula ke masa lalu, perjalanan Tya membangunkan jenama Mutyara bukan sesuatu yang mudah.
Cabaran, rintangan dan semangat yang membara, segalanya telah membuahkan hasil sehingga Mutyara dikenali sebagai salah sebuah jenama minuman kesihatan antara yang disegani hari ini.
Kegigihan Tya dalam membangunkan perniagaan sehingga mampu memiliki Wisma Mutyara merupakan satu inspirasi besar buat generasi muda.
Selain memperjuangkan kebaikan jamu, Tya juga mempunyai misi tersendiri dalam membangunkan taraf kehidupan kaum wanita apabila beliau tekad membantu golongan tersebut untuk menjana ekonomi bersama-sama.
Jelaslah di sini bahawa dalam ketika sedang fokus menguruskan perniagaannya, Tya juga tidak lupa akan kebajikan insan-insan lain.

Nilai komited, bertanggungjawab dan ihsan inilah yang menjadi nilai tambah buat Tya untuk layak merangkul anugerah tersebut.
Untuk makluman, Nona Superwoman Award 2020 ini mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan wanita melalui 47 anugerah daripada pelbagai kerjaya.
Mengimbas kembali, anugerah berprestij ini diadakan buat julung kalinya pada 2018 lalu dengan mengangkat bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz sebagai penyandang anugerah utama.
Sebagai usaha mengangkat martabat wanita dalam kerjaya, fenomena ini diteruskan lagi buat kali kedua melalui Nona Superwoman Award 2020 yang dijalankan pada kali ini sebagai kesinambungan kejayaan yang lalu.
Jangan tidak tahu, dua anugerah terbesar yang Tya kecapi hari ini bukanlah pengiktirafan buat kali pertama bagi dirinya.
Sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini juga pernah diiktiraf dan dilantik sebagai Ikon Selebriti Penyusuan Susu Ibu pada tahun 2019.
Dialah isteri, dialah ibu, dialah usahawan, dia jugalah anak seni, kesemua bidang kehidupan ini mampu diterajuinya dengan begitu baik.

Kejayaan demi kejayaan ini membuktikan Tya Arifin mempunyai visi dan misi yang jelas, bukan tentang perniagaan semata-mata, tetapi ianya adalah tentang sebuah kehidupan.
Terbuktilah apa yang dizahirkan dalam lagu Bagaikan Mutiara, ianya tentang satu perjalanan hidup yang diceritakan melalui lirik, melodi dan suara hati.
Mutyara bukan sekadar jus, Mutyara ialah simbol kejayaan kaum wanita.
Begitu juga Tya, bukan sekadar menjadi ibu bekerjaya, tetapi Tya ialah ikon wanita yang berjaya pada masa kini.
Tahniah Tya Arifin atas kejayaan ini.
