Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Ustaz Ebit Lew mendakwa bahawa pasukannya memasuki Gaza dengan bantuan daripada kedutaan Malaysia dan tidak tahu menahu mengenai syarikat yang didakwa telah dibayar olehnya.
Menurutnya dalam live di Instagram miliknya sebentar tadi, pasukan beliau sememangnya ada berurusan dengan syarikat yang dikenali sebagai Mile of Smile namun proses permohonan tersebut gagal.
“Seperti yang diberitahu oleh individu tersebut di dalam Live semalam, nak masuk Gaza cuma ada satu je jalan iaitu melalui Mile of Smile, selama berpuluh tahun rakyat Malaysia atau NGO masuk melalui Mile of Smile.
“Sebelum saya datang saya dah call Mile of Smile itu, kami dah video call sebelum bergerak,” dakwanya.
Untuk proses memasuki Gaza melalui syarikat itu, ia memakan kos sebanyak RM40,000 satu kepala.
“Maknanya nak masuk 10 orang kena ada RM400,000, jadi bila dengar mahal, saya cakap taknak bawa semua, saya masuk seorang pun takpe walaupun sekejap dan saya uruskan beberapa nama untuk masuk tetapi proses itu gagal.
“Jadi kami masuk melalui bantuan yang telah diberikan oleh kedutaan malaysia,” dakwanya lagi.
Terdapat dua kelulusan penting yang perlu diperolehi oleh mereka jika ingin memasuki kawasan bergolak itu iaitu melalui kelulusan kerajaan Mesir dan kelulusan pihak tentera.
Ebit mendakwa bahawa Kedutaan Malaysia telah mencuba sehabis baik untuk mengurus dan melakukan permohonan buat kali pertama kepada kerajaan Mesir dan permohonan itu diluluskan.
Tetapi, masalah pula berlaku di pihak tentera yang tidak meluluskan permohonan mereka.
Disebabkan itu, mereka telah menggunakan khidmat syarikat yang dikenali sebagai Lucky Tour dengan membayar sebanyak RM10,000 sahaja.
“Rupanya ada satu syarikat yang dilantik oleh ketenteraan sana untuk membawa NGO atau orang masuk dari Mesir.
“Alhamdulillah, kita pergi melalui perkhidmatan Lucky Tour dan cajnya lebih kurang RM10,000.
“Kami hari-hari solat hajat dan berdoa kepada Allah agar diberikan bantuan dan ditemukan jalan-jalan yang baik,” katanya.
Justeru, Ebit sekerasnya menafikan dakwaan bahawa dia telah membayar dengan jumlah yang lebih tinggi sehingga menyusahkan NGO yang lain.
Sumber: Ebit Lew