Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Utara Semenanjung Dijangka Berjerebu Sehingga 29 Januari Ini – METMalaysia

Kredit: BBC

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan bahawa bahagian utara semenanjung Malaysia diramal akan dilanda jerebu sehingga 29 Januari ini.

Jabatan tersebut memaklumkan sedemikian menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Twitter rasmi hari ini.

“Berdasarkan Trajektori asap jerebu didapati kebakaran hutan yang berlaku di Cambodia akan menyebabkan keadaan berjerebu di utara semenanjung.

“Berdasarkan permodelan terkini, keadaan berjerebu ini dijangka akan kekal sehingga 29 Januari 2022,” maklum kenyataan tersebut hari ini.

Difahamkan, Output model HYSPLIT yang dijana hanya mengambil kira lokasi-lokasi titik panas yang dijangka akan memberi kesan kepada kualiti udara di negara ini.

“Berdasarkan kepada imej satelit NOAA-20 pada 26 Januari 2022 yang direkodkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC) seperti di Jadual 1 dan Rajah 2, bilangan titik panas bagi kategori High Confidence Level menunjukkan di Semenanjung Malaysia terdapat enam titik panas manakala di Sabah dan Sarawak tiada titik panas dikesan.

“Kalimantan menunjukkan lapan titik panas manakala di Sumatra terdapat sembilan titik panas dikesan,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: MetMalaysia
Sumber: MetMalaysia

Sumber: MET Malaysia