Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Utara Sumatera Digegar Gempa Bumi Tadi, Gegaran Dirasai Di Malaysia

Nur Syahirah Zainoor Hisham
gempa bumi utara sumatera
Kredit: Met Malaysia

Satu gegaran gempa bumi lemah bermagnitud 4.6 pada skala Ritcher dikesan melanda di utara Sumatera dalam kejadian pukul 4.31 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) melaporkan, pusat gegaran tesebut dikesan berada pada latitud 2.7 darjah utara dan longitud 99.8 darjah timur dengan kedalaman 41 kilometer (km).

Dalam masa sama, pusat gegaran itu juga dikesan berada sejauh 165 km dari barat daya daerah Sabak Bernam, Selangor

Menurut Met Malaysia, kesan gegaran tersebut mungkin dirasai di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia seperti Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Sehubungan itu Met Malaysia akan memaklumkan dengan kadar segera mengenai sebarang perkembangan lanjut atau informasi terkini.

Setakat ini, pemantauan oleh Met Malaysia dari semasa ke semasa masih diteruskan.

Sumber: MET Malaysia via Twitter