Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Venezuela Tuduh AS Lancar Serangan, Letupan Gegarkan Caracas

Iqbal Yasir
Venezuela Tuduh AS Lancar Serangan
Gambar: AFP

Venezuela Tuduh AS Lancar Serangan, Letupan Gegarkan Caracas

CARACAS — Kerajaan Venezuela menuduh Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan selepas letupan menggegarkan ibu negara Caracas pada awal pagi Sabtu, susulan tekanan berbulan-bulan yang dijalankan oleh Presiden Donald Trump, lapor AFP.

Menurut laporan media, letupan itu disertai dengan bunyi kapal terbang di bandar berkenaan, kedengaran sekitar jam 2 pagi waktu tempatan.

Walau bagaimanapu, Pentagon dan Rumah Putih tidak memberikan maklum balas segera terhadap serangan tersebut.

Sementara itu, Presiden Nicolas Maduro menegaskan bahawa negara itu menolak, membantah, dan mengecam tindakan yang dilakukan oleh AS. Malah beliau turut mengisytiharkan darurat susulan kejadian.

“Saya terdengar bunyi kapal terbang. Kami kemudian mula mengemas beg dengan barang-barang penting di rumah,” kata Francis Pena, seorang profesional komunikasi berusia 29 tahun.

Info lanjut menyusul

Sumber: AFP