Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) 8 Tahun Menanti Cahaya Mata, Wanita Masukkan Bantal Untuk Merasai Perut Ibu Hamil

Gambar : TikTok AnggunAp

Setiap pasangan suami isteri pasti akan menanti kehadiran anak sebagai pengikat kebahagian rumah tangganya. Namun, tidak semua pasangan bertuah untuk dapat anak selepas berkahwin. Ada pasangan suami isteri sudah cuba pelbagai jenis perubatan dan ikhtiar namun rezeki masih tidak memihak kepada mereka.

Melalui akaun Tiktok AnggunAp, kelihatan seorang wanita dengan sengaja memasukkan bantal pada bahagian perut. Tujuan wanita itu berbuat demikian kerana ingin merasai bagaimana perut ibu mengandung.

Menurut video yang dipaparkan, wanita itu sudah 8 tahun menanti kehadiran cahaya mata tetapi masih tiada rezeki.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai warganet turut tersentuh dan ada juga yang mendoakan wanita itu segera hamil. Ada juga pejuang garis dua saling yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan wanita tersebut.

Gambar : TikTok AnggunAp
Gambar : TikTok AnggunAp
Gambar : TikTok AnggunAp

Sumber : TikTok AnggunAp