Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Akui Penyakit Dialami Amat Teruk, Tun M Kata “Adakalanya Saya Tak Berharap Nak Pulih”

Foto: Nurhilmy Basiron

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui penyakit yang dialaminya sebelum in amat teruk.

Dalam satu perkongsian rakaman video menerusi laman Twitternya menjelaskan bahawa beliau pernah berasakan dirinya tidak akan pulih daripada penyakit yang tidak dinyatakan tersebut. Namun, rawatan daripada Institut Jantung Negara (IJN) yang diberikan kepadanya sangat baik sehingga beliau pulih semula.

” Adakalanya saya tak berharap nak pulih, tetapi alhamdulillah dengan rawatan yang diberi Institut Jantung Negara (IJN) saya kembali pulih.”

Selain itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.

Tambahnya lagi, beliau memberitahu kini sudah boleh berjalan, makan, tidur dan melakukan perkara yang hampir sama seperti sebelum ini. Namun, tidaklah kuat tetapi beliau berharap akan pulih seperti sedia kala.

Dalam perkongsian tersebut menunjukkan beberapa foto Tun Dr Mahathir bersiar-siar bersama isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah di sekitar Tasik Putrajaya.

Sumber: Tun Mahathir