Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Amal Sistem Barter, Monyet Simpan Cermin Mata Lelaki Sehingga ‘Ditukarkan’ Dengan Air Kotak

Gambar: Facebook India Times

Sistem barter ialah sistem pertukaran barang yang dilakukan oleh orang zaman dahulu kerana mata wang masih belum diperkenalkan. Berdasarkan video yang dikongsikan di akaun Facebook India Times, dilihat seekor monyet cuba melakukan sistem barter dengan seorang pemuda.

Melalui perkongsian video tersebut, monyet itu berada di atas sangkar dan memegang sepasang cermin mata milik pemuda itu. Monyet itu tidak mahu mengembalikan cermin mata pemuda tersebut sehingga dia diberikan jus kotak itu.

Situasi ini kelihatan sama seperti sistem barter, di mana monyet itu mempunyai cermin mata pemuda tersebut dan pemuda itu mempunyai jus kotak. Oleh itu, berlaku sistem pertukaran barang di antara monyet tersebut dan juga pemuda itu.

Sumber: Facebook India Times