Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Acap kali, kita percaya bahawa anak kecil boleh melihat apa yang orang dewasa tidak dapat melihat khususnya makhluk halus. Bukan itu sahaja, ada juga yang sering berkongsi pengalaman anak kecil mereka bercakap, menangis dan bermain seorang diri seakan-akan bersama ‘rakan’ mereka.
Perkara yang sama juga dikongsikan oleh seorang ibu menerusi laman Tiktoknya apabila anak kecil menangis sambil menunjukkan di satu ruang rumahnya dan mengatakan dia takut.
Secara tidak langsung, si ibu menggunakan satu aplikasi di telefon pintarnya dan mendapati ada ‘sesuatu’ yang muncul seakan-akan ada orang sedang berdiri. Rakaman video ini telah membuatkan ramai yang meremang bulu roma.
Bukan itu sahaja, ada juga yang komen dapat melihat ‘benda’ tu semasa menonton video ini.




Sumber: Sabyanx