Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Apa Boleh Buat, Sudah Takdir,” Lelaki ‘Terpaksa’ Kahwini Kekasih & Bekas Kekasihnya Serentak

Gambar: makassar.terkini.id

Tular pada baru-baru ini berkenaan kisah seorang lelaki dari Lombok, Indonesia yang tidak menyangka bahawa dirinya akan berkahwin dengan kekasih serta bekas kekasihnya dalam satu majlis yang sama.

Perkara tersebut dilaporkan terjadi kepada seorang pemuda bernama Korik Akbar yang berusia 20 tahun.

Isteri pertama, Khusnul, yang juga berusia 20 tahun, mengakui bahawa dia hanya boleh pasrah sahaja ketika mengetahui bahawa suaminya mempunyai dua isteri.

Difahamkan Korik Akbar telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Yuanita Ruri dari Dusun Sade, Desa Rembitan, Lombok Tengah, yang juga merupakan bekas kekasihnya.

Dilaporkan oleh portal terbaru.id dari Kompas melalui Grid.id pada hari Rabu, 28 Julai 2021, mereka bertiga telah memutuskan untuk berkahwin bersama.

“Dia tahu kami berkahwin dari Facebook kerana ramai kawan hantar mesej ucapan tahniah. Kerana info dari media sosial itulah madu saya tiba-tiba mengajak kahwin juga. Apa boleh saya buat, sudah takdir. Saya terima sajalah,” ujar Korik.

Kisah perkahwinan yang unik itu bermula dari proses ‘merariq’ (tradisi masyarakat Sasak) yang diadakan pada 21 Julai 2021.

Khusnul menyatakan bahawa dalam ‘merariq’, ianya bermaksud bahawa dia telah bersetuju untuk ‘diculik’ oleh lelaki pilihannya.

Dalam proses itu, terdapat rundingan dengan kedua-dua keluarga, di mana pengantin perempuan akan dibawa ke rumah keluarga lelaki.

Khusnul yang hanya berada di rumah Korik selama beberapa minit, terkejut apabila mendapati bahawa seorang wanita lain tiba-tiba datang dan meminta untuk dinikahkan oleh bakal suaminya.

“Saya tidak menjangkakan. Saya sangat terkejut, tetapi setelah keluarga mengadakan rundingan, saya terpaksa menikahi kedua-duanya,” jelas Korik.

Lalu dia pun mengahwini dua orang gadis itu pada satu masa yang sama dengan mahar yang sama iaitu sebanyak 1,750,000 Rupiah setiap seorang.

Oleh kerana secara tiba-tiba terpaksa berkahwin dengan 2 wanita sekaligus, Korik mengakui bahawa sekarang dirinya kini bingung kerana dia tidak mempunyai pekerjaan.

Kisah perkahwinan mereka itu pun lantas menjadi tular dan telah berjaya meraih perhatian daripada warganet.

“Nak tanya, nanti berbulan madu macam mana ya?” tulis seorang warganet.

“Beli satu percuma satu,” tulis yang lain.

“Jadikan saya anak muridmu,” gurau seorang warganet.

Sumber: makassar.terkini.id