Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Bakal Dikerah Ahad Ini, Tentera Mula Buat Latihan Kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan

Kredit: Berita Tentera Darat Malaysia

Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob siang tadi mengumumkan bakal mengerah tentera bagi membantu polis menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia.

Kerahan ini adalah bertujuan bagi membantu pihak polis memastikan rakyat mematuhi perintah berkenaan berikutan segelintir pihak yang masih ingkar, katanya.

Menurut peguam, Nor Zabetha, terdapat seksyen dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membenarkan pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap individu yang enggan mematuhi arahan.

Terbaru, pasukan tentera darat dilihat mula berlatih untuk memikul tugas mengawal yang dilaporkan bakal bermula Ahad ini.

Video latihan itu telah dikongsikan laman Berita Tentera Darat Malaysia di dalam Facebook mereka.

Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia