Siakap Keli

TERKINI: Tentera Akan Bantu Polis Pantau Kawalan Pergerakan Bermula Ahad Ini – Menteri Pertahanan

Kementerian Pertahanan memutuskan agar pasukan tentera diturunkan bagi membantu pihak polis dalam memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah masing-masing sehingga 31 Mac ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan sebentar tadi.

Menurut Ismail, pasukan tentera akan mula digerakkan pada hari Ahad ini supaya kawalan secara menyeluruh dapat dilaksanakan.

Katanya, masih ramai yang tidak mempedulikan arahan kerajaan termasuk arahan polis untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sebagai usaha membendung penularan Covid-19 di negara ini.

Baca : (Video) Tak Mahu Dikuarantin, Polis Terpaksa Guna Kekerasan Bawa Lelaki Suspek Covid-19 Ke Hospital

Pada masa sama, kerajaan juga tidak berniat untuk mengumumkan darurat seperti yang ditularkan di media sosial baru-baru ini.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara selama dua minggu bermula pada 18 Mac lalu.

Perintah Kawalan Pergerakan ini memerlukan kerjasama rakyat agar tidak bergerak ke merata-rata tempat kecuali melibatkan urusan penting.

https://www.youtube.com/watch?v=Bh5dqmsu2bA&fbclid=IwAR0inmROqQOSRmfhjlpGuEdAeFqQj-PE4zboKF3Be8S6gFx4tJA3ZuHU9z0

Sumber: Bernama TV

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.