Cuaca lebat secara berterusan sejak semalam telah mengakibatkan banyak kawasan terutamanya di semenanjung Malaysia ditenggelami dengan air.
Antara kawasan yang terkesan pada hari ini adalah di daerah Lembah Klang.
Perkongsian daripada warganet berkenaan dengan keadaan semasa banjir yang berlaku di kawasan mereka.
Antara yang dapat diperoleh adalah satu video yang dirakam dari Aeon Mall, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor yang memaparkan keadaan serta suasana di kawasan tersebut.
Dapat dilihat bahawa kawasan tersebut hampir lumpuh dan tidak boleh dilalui akibat dinaiki air.
Manakala di TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor pula, ada warganet yang berkongsikan video berkenaan air sungai yang berada berhampiran dengan rumahnya bergerak dengan deras serta hampir melimpah keluar.
Menurut kapsyen yang ditulis dalam video tersebut, siren serta arahan telah pun dikeluarkan untuk penduduk supaya kekal berwaspada.
Berikut adalah antara perkongsian yang diperoleh daripada warganet:
Kepada orang ramai yang terkesan dengan banjir ini dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan kejadian yang tak diingini.