Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Bau Macam ‘BBQ’ Bila Cas Telefon, Terkejut Bila Buka Rupanya Ada Ulat Bersarang

Gambar: Tiktok

Biasanya bagi mana-mana pengguna telefon pintar, korang mesti akan hadapi macam-macam jenis masalah teknikal, kan?

Ada yang telefonnya tak boleh dicas, ada yang mempunyai masalah ‘lag’ pada kelajuan RAM, ada yang mengalami masalah bateri cepat lemah dan banyak lagi.

Tapi percaya atau tidak, sebuah iPhone milik seseorang ini mengalami masalah yang jauh lagi pelik, iaitu telefonnya berbau seperti barbeku (BBQ).

Menerusi perkongsian di TikTok sadam299, kelihatan individu pembaiki telefon sedang memeriksa sebuah iPhone di atas papan kerjanya.

“Pelanggan kata, ‘Bila saya cas telefon saya ia berbau macam BBQ’,” kata audio dalam video tersebut.

Namun setelah badan iPhone itu dibuka, rupa-rupanya bau BBQ itu datang dari sekumpulan ulat putih yang terselindung di bahagian dalam.

Tidak pasti macam mana ia boleh ada di situ, namun dipercayai bau BBQ tersebut berpunca daripada tubuh ulat yang mungkin terbakar akibat kepanasan.

Video itu telah ditonton lebih 12.2 juta kali tontonan setakat ini, selain turut meraih pelbagai maklum balas menarik daripada netizen.

Apa kata netizen?

Berikut di bawah adalah tangkap layar beberapa komentar menarik netizen.

Sumber: TikTok sadam299