Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Bergolek Atas Jalan, Penunggang Motor Nyaris Digilis Terbabas Kerana Jalan Licin

Gambar: Ibram Talib

Seorang penunggang motosikal nyaris dilanggar ketika motosikal yang ditunggangnya tergelincir ketika sedang melalui sebuah jalan yang basah.

Dalam video dikongsikan Ibram Talib, penunggang itu cuba memintas di sebelah kanan kereta yang dipandunya, namun secara tiba-tiba tergelincir.

Menurut Ibram, kejadian itu berlaku berhampiran lampu trafik Bandar Bukit Raja pada 18 Januari lalu.

“Lokasi 150 meter sebelum lampu trafik Bandar Bukit Raja menuju ke Pekan Meru,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sumber: Ibram Talib