Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pinjaman kereta merupakan satu kaedah yang biasa dilakukan oleh rakyat untuk memiliki kereta idaman mereka. Pinjaman kereta ini sesuai untuk pembeli yang mempunyai bajet kewangan yang terhad.
Namun begitu, ramai di antara kita yang ‘berlumba-lumba’ untuk membayar wang ansuran kereta lebih. Sebenarnya fahaman kita salah. Jika korang nak tahu kenapa, jom kita ikut penjelasan ringkas dan padat daripada pemilik Tiktok, Ain Zaabar yang merupakan seorang pakar kewangan.
Jelas Ain di laman Tiktoknya, hal ini kerana ‘hire purchase’ atau pinjaman kereta ini kebanyakkannya menggunakan kadar faedah yang tetap. Ini bermakna, segala lebihan payment hanya dikira sebagai pembayaran ‘advance’.
Perkara ini sangat berbeza dengan pinjaman perumahan di mana kebanyakkan faedah atau profit adalah dikira pengurangan baki atau ‘on reducing balance’.
Jadi, sebagai pengguna, kita seharusnya bijak dalam membuat sebarang keputusan tambah-tambah lagi berkaitan dengan wang yang banyak.
Sumber: Ainzaabar