Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Luar biasa kebijaksanaannya. Bagi para pelajar blok asrama lelaki UniSZA Gong Badak, mungkin kenal dengan kelibat si putih ini yang pandai membuka pintu sendiri ini.
Ada yang menggelarnya sebagai ‘warden’, kucing putih ini dikatakan telah tinggal di kampus berkenaan sejak 2016 lagi.
Dalam satu video dikongsikan saudara Aimanajmuddin, kelihatan kucing pintar berkenaan membuka sendiri pintu sebuah bilik di asrama.
Malah, si kucing tompok dengan ‘rambut sikat tepi’ itu sempat memberi pandangan ‘serius’ sebelum berlalu keluar.
Gelagat kucing itu membuatkan orang ramai terhibur dan membuat meme berdasarkan ekspresi kucing berkenaan. Malah, ada yang menggelarnya ‘warden’ garang bermisai dengan menyertakan dialog lucu loghat Terengganu pada ruangan komen.
Video itu memperoleh lebih 18 ribu tanda suka dan 19 ribu ulang kicau dengan 216.7 ribu tontonan.