Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Bikin Seram, Lelaki Dakwa Berjaya Rakam Kelibat Berambut Panjang, Tiba-tiba Terbang Hilangkan Diri

Gambar: tsc_tv

Selisih atau terserempah dengan makhluk misteri sentiasa membuatkan bulu roma manusia berdiri ketakutan. Rasa meremang boleh membuatkan satu badan terketar-ketar.

Misalnya, dalam satu video yang menjadi tular melalui akaun TikTok bernama tsc_tv.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki yang membuat solo ambush disebuah bangunan usang telah mendakwa telah berjaya merakam satu kelibat menyeramkan.

Melalui rakaman berkenaan, satu kelibat seakan berambut panjang yang mula muncul dari bawah sebuah pintu di bangunan tersebut sebelum kelihatan terbang dan menghilangkan diri.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 170 ribu kali.

Tidak dapat dipastikan kesahihan rakaman tersebut dan identiti sebenar makhlum yang dirakam oleh individu berkenaan.

Sumber: tsc_tv