Sejak kebelakangan ini, kes COVID-19 di negara semakin menular dengan amat membimbangkan sekali.
Dengan purata kes positif harian yang mencecah sehingga lebih 10 ribu kes, sesiapa sahaja berpotensi besar terdedah untuk dijangkiti dengan virus maut ini.
Salah satu perkara yang menyebabkan kita untuk bimbang sekiranya diri dijangkiti adalah orang yang berdekatan dengan kita disahkan positif.
Disebabkan itu, secara tidak langsungnya diri kita telah menjadi kontak rapat dan perlu menjalani ujian swab bagi mengetahui sama ada diri telah terjangkit sebelum mengkuarantinkan diri.
Ujian swab itu pula perlu dilakukan di hospital dan klinik. Namun begitu, orang ramai tidak perlu lagi bersusah payah untuk keluar membuat ujian swab di hospital dan klinik lagi.
Ini kerana, untuk mengetahui sama diri positif atau tidak, kit ujian pantas itu boleh didapatkan di farmasi. Dan sekiranya anda mahu mengetahui sama ada diri telah dijangkiti atau tidak, kini anda boleh melakukannya sendiri di rumah.
Tapi, macam mana nak buat sendiri? Macam mana cara-cara yang betul untuk buat sendiri?
Untuk menjawab persoalan itu, seorang pengguna TikTok bernama @amirahlaa ada berkongsikan tentang cara-cara yang betul menggunakan Covid-19 Antigen Detection Kit ini.
Berikut adalah cara-cara untuk menggunakan kit ujian tersebut:
Masukkan air liur ke dalam paper bag
Ambil sekitar 3 titis air liur tersebut
Letakkan air liur itu ke dalam extraction tube
Pasang penutup tiup itu rapat-rapat dan goncang selama 1 minit
Letak 3 titis air liur itu ke atas test card dan tunggu sehingga 15 minit.
Sekiranya test card itu memaparkan satu garisan, ianya bermakna negatif, namun jika ianya memaparkan 2 garisan, bermakna ianya positif.
Kit ujian pantas ini telah pun dijual kepada orang awam. Bagi kit ujian yang digunakan oleh pengguna TikTok ini, difahamkan ianya telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Namun, tidak semua jenama menggunakan kaedah yang sama. Perlu semak dahulu sebelum membeli. Walaupun begitu, sekiranya anda membeli kit ujian jenama Newgene ini, kaedahnya adalah sama seperti yang ditunjukkan oleh pengguna TikTok ini.
Untuk orang ramai yang ingin membeli kit ujian pantas ini, disarankan untuk menyemak terlebih dahulu di laman sesawang KKM bagi memastikan ianya telah diluluskan. Untuk mengetahui jenama yang telah diluluskan, sila klik di sini.