Jarang kita dapat lihat seekor burung merak jantan yang mempunyai satu warna sahaja.
Pada kebiasaannya, burung merak mempunyai bulu yang berwarna warni kebiruan serta kehijauan yang menawan apabila ia mengembangkan ekornya.
Lain pula bagi seeokor burung merak ini yang hanya mempunyai satu warna dan ia adalah putih.
Namun, ia tetap memukau apabila mengembangkan ekornya.
Menurut Science Club, walaupun ia bewarna putih keseluruhan, tapi ia bukanlah merak albino kerana warna matanya tidak merah.
“Merak tersebut memiliki mutasi genetik yang di panggil “leucism”.
“Ia adalah disebabkan oleh penurunan pigmen yang akhirnya akan menghasilkan sesuatu yang lain dari yang lain,” tulisnya.
Sumber: Science Club
