Apabila menaip sesuatu menggunakan telefon pintar, typo adalah kesilapan yang tak dapat dielakkan. Dengan saiz papan kekunci yang kecil, kemungkinan untuk typo juga lebih tinggi.
Tak dapat dinafikan, memang agak leceh untuk membetulkan perkataan yang ditaip dengan cara selalu kita gunakan.
Sebahagian daripada kita hanya padam dan tulis semula, di mana ada kemungkinan untuk terpadam huruf yang tak mahu dipadam. Tidak kurang juga yang menggerakkan cursor ke posisi di mana typo berlaku. Ada kalanya cursor terlajak dan terpaksa digerakkan semula.
Cara yang selalu kita gunakan ini mungkin kurang efisyen dan memakan masa.
Tapi, setelah anda mengetahui fungsi ‘tersembunyi’ space bar ini, typo mungkin tidak lagi menjadi masalah.
Selain untuk menjarakkan perkataan, palang penjarakan atau space bar mempunyai fungsi tambahan yang mungkin ramai daripada kita tak tahu.
Ikuti perkongsian daripada akaun TikTok @sharmimighazali ini untuk mengetahui fungsi ‘rahsia’ di sebalik space bar.
Seperti yang dipamerkan dalam video, space bar boleh berfungsi seakan tetikus untuk menggerakan kursos ketika ingin membetulkan ejaan.
Sumber: TikTok @sharmimighazali, Popular Science