Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Bukan ‘Lau-Lau’ Atau ‘Ei-Lau-Lau, Cikgu Ni Kongsi Cara Sebut Aiskrim ‘llaollao’ Yang Sebenar

Gambar: TikTok sir_asai

Bagi penggemar aiskrim, mesti korang dah cukup hafal kan nama-nama premis menjual ais krim terkenal di pasaran seperti Baskin-Robbins, Haagen-Dazs dan banyak lagi.

Setiap aiskrim buatan syarikat ini memiliki rasa dan jenis masing-masing yang cukup unik. Orang kata, rasanya pasti sedap hingga menjilat jari.

Tapi ada satu lagi jenama aiskrim terkenal yang mungkin ramai kurang jelas dari segi sebutannya iaitu llaollao. Biasanya kalau ikut ‘lidah’ orang kita ni, ejaan ‘l-l-a-o-l-l-a-o’ tu kita akan menyebutnya dengan bunyi ‘llau-llau’ kan? Sebab ada huruf L yang berganda.

Namun sebenarnya bunyi llaollao ni taklah sebegitu. Nak tahu cara menyebutnya dengan lebih tepat? Jom ikuti perkongsian oleh TikTok sir_asai di bawah ini. Semoga bermanfaat!

Sumber: TikTok sir_asai