Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) CCTV Rakam Kejadian Wanita Maut Akibat Diserang 11 Ekor Anjing Liar

Mexico News Daily

Rakaman Kamera Litar Tertutup mendedahkan kejadian ngeri apabila seorang wanita berusia 34 tahun maut akibat dikejar dan digigit oleh 11 ekor anjing sehingga terkoyak isi badan.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah tol di Lebuhraya Mexico City-Pachuca sebelum dikejar anjing kira-kira 10.40 malam, Isnin lepas.

Melalui rakaman CCTV berkenaan, pihak polis percaya serangan ngeri tersebut berlangsung selama 11 minit. Jasadnya hanya ditemui sehari selepas kejadian.

Laporan akhbar antarabangsa menyebut bahawa mayat mangsa ditemui dengan beberapa kesan koyakkan teruk diseluruh badan termasuklah pada bahagian kulit kepala. Sebahagian besar daging pada tubuh mangsa juga hilang.

Datuk Bandar Tecamac, Mariela Gutiérrez Escalante dalam pada itu telah mengeluarkan arahan kepada kerajaan tempatan untuk memburu kumpulan anjing tersebut.

Bagaimanapun pihak berkuasa berhadapan kesukaran dipercayai tindakan penduduk tempatan menyorokkan haiwan tersebut.

Sumber: Mexico News Daily