Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Comel, Gelagat Kucing Ni Minta Makanan Jadi Perhatian, Siap Sua Tangan

Gambar: @zackasyraf1909 via Tiktok

Kita pasti biasa tengok kan bagaimana kucing meminta makanan pada manusia? Selalunya akan dikuis-kuis kaki kita di meja makan ataupun ada yang me’ngeow’ tidak henti-henti sambil menunjukkan mata bulatnya yang comel.

Tidak kurang juga ada yang sudah siap menunggu di depan pinggan yang selalu diletakkan makanan untuknya.

Tetapi kali ini kita dapat menyaksikan satu lagi aksi kucing yang pandai meminta makanan pada tuannya dengan melambai-lambaikan tangannya di atas. Kecomelan aksi kucing ini telah menghiburkan ramai orang terutamanya pencinta kucing di luar sana.

Sehingga kini, videonya telah meraih 421.9K tontonan dan 49.7K tanda suka oleh pengguna Tiktok.

Ikuti perkongsian video oleh @zackasyraf1909 di akaun Tiktoknya ini.

Sumber: Tiktok @zackasyraf1909