Seorang jururawat di China hanya dapat cium anaknya melalui cermin sahaja selepas 26 hari tidak bertemu kerana bimbang anaknya dijangkiti Covid-19.
Beliau yang bertugas di salah sebuah hospital di China, terpaksa berpisah dengan anaknya yang berusia 1 tahun selama hampir sebulan kerana tugas sebagai jururawat.
Chen Ruixue adalah salah seorang dari ribuan jururawat di China yang masih berjuang dan bertugas menentang wabak Covid-19.
Setakat artikel ini ditulis, negara China telah mencatat 78,198 kes dan 2,718 kematian.
